Saturday, February 6, 2010

Mus'ab Bin Umair

Assalamualikm, Rasenya dah lama tak update blog ni. Banyaknya keje dalam kepala ni. Dengan repot latihan industrinya, dengan montaj video yang nak kena tlng buatkan untuk kawan2 dan smart group(usrah) untuk adik2 junior.
Kini masa untukku berehat lebih sedikit daripada masaku bekerja. Tambahan pula, kini terdapat satu kes dekat kilang INFI
NEON tu dimana ada seorang technician buat aduan dekat SOCSO (lebih kurang macam Pegawai Kesihatan) sebab dia mengalami sakit belakang dimana disahkan doktor bahawa ianya berkaitan dengan kerja2 yang dia lakukan dekat kilang tu.

Jadi, as SHE(Safety, Health and Environment) officer terpaksalah pergi urun dekat section tu buat assessment sebab ianya berkaitan dengan ERGONOMIC. Kalau bukan budak2 engineering mesti tertanya-tanya apa itu "ergonomic". Ergonomic ni lebih kepada cara2 kita melakukan kerja seharian kita. Tak kiralah duduk ke, berdiri ke, atau bongkok. Setiap aktiviti2 yang kita lakukan seharian kita sebenarnya akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan kita.

So, kita hendaklah tahu bagaimana cara yang sebetulnya dalam melakukan aktiviti2 seharian kita. Contohnya, kalau kat kilang pekerja2 mengangkat benda2 berat dan melebihi tempoh dan kekerapan yang ditetapkan. Maka, pasti akan mengalami masalah kesihatan suatu hari nanti. So, mereka2 ni akan diberi training oleh SHE Department agar mempelajari cara yang betul dan cara mengurus kerja mereka dengan selamat.

Alamak dah lari topic. Sebenarnya, nak berkongsi cerita tentang seorang sahabat Rasulullah SAW, dimana dia
dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan mewah. Kedua ibu bapanya memberikan perhatian khusus dengan penuh kasih sayang kepadanya. Pada zaman mudanya, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Baju dan kasutnya adalah antara yang paling mahal dipakai oleh pemuda-pemuda Quraisy. Kasut indah yang dibuat dari Yamanyang dipakainya, merupakan antara pakaian istimewa yang hanya dipakai oleh golongan yang tertentu sahaja.

Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Ketika Perang UHUD

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes