Tahun 2010 tinggal 2 minggu saja lagi. Pada saat ni, pasti Anda sedang memikirkan azam baru, atau mungkin merancang mahu meneruskan azam lama.

Untuk itu, berikut adalah 3 langkah asas bagaimana meletak azam tahun 2011.

1. Jika Anda Masih Mahu Teruskan Azam Lama, Kali Ini Lebihkan Usaha.

Mungkin Anda tak mahu set azam baru simply Anda mahu capai azam lama. Mesti ada sebab kenapa Anda masih tak berjaya merealisasikan azam tu pada tahun 2009, mungkin usaha kurang. Dari asyik berfikir cemana nak mencapai azam, kali ni desak diri Anda untuk berusaha mencapainya dengan melatih diri untuk menjadi rajin. Orang yang asyik berfikir tapi kurang usaha tak dapat capai apa-apa. Orang yang rajin berusaha kemudian sentiasa berfikir cemana mahu membaguskan usahanya supaya semakin menjadi, itulah orang yang akan dapat mencapai azam yang dicita-citakannya.

2. Tulis, Lekat, Baca, Ingat. (T.L.B.I.)

Tulis azam di atas kertas supaya minda Anda ‘menangkap’apa yang anda mahu capai lalu menerimanya sebagai satu arahan untuk direalisasikan. Lekat azam yang sudah ditulis tu di tempat yang Anda senang nak baca berpuluh kali dalam sehari, misalnya di dinding. Jika anda kurang selesa dengan cara ini sebab takut orang lain nampak azam yang Anda, tulis di atas sekeping kad kecil, bawa ke mana-mana dan baca berpuluh kali dalam sehari, kalau boleh sampai beratus kali sehari. Kenapa Anda perlu buat ni? Tujuannya untuk menjadikan minda Anda terfokus pada azam Anda, bukan pada perkara lain. Bila minda sudah terfokus pada perkara lain, sia-sia sajalah Anda meletak azam sebab Anda tidak merasai dorongan nak mencapainya.


3. Tetapkan, Fokuskan, Jangan Tukar.

Tetapkan 3 azam dalam satu masa, jangan lebih supaya fokus Anda tidak bercelaru,sekejap itu, sekejap ini. Ini bukan masa untuk bereksperimen. Ini masa untuk membentuk hidup yang lebih baik, sebab itu azam perlu tetap. Tetapkan apa Anda mahu capai. Jika Anda seorang pekerja, apa Anda mahu capai sebagai seorang pekerja dalam tahun 2011? Mungkinkan adakah Anda mahu capai tahap gaji yang lebih tinggi? Kenaikkan pangkat? Atau simply mahu memajukan diri dalam kerjaya Anda? Jika Anda seorang ibu, seorang isteri dan seorang anak, apakah yang Anda mahu capai dalam tahun 2011? Jika Anda seorang usahawan, apa yang Anda mahu capai pada tahun 2011 nanti? Tetapkan azam, jangan ubah selagi belum berjaya dicapai. Inilah langkah paling penting dalam meletak azam. Sebab ramai dari kita suka bertukar-tukar azam, macam tukar baju daaaa.

Kunci pada pencapaian azam adalah usaha. Usaha, usaha, usaha!

Oleh: Dr Fadzilah Kamsah