Tuesday, February 9, 2010

Apakah Pilihan Anda? Jujur atau Menipu

Assalamulaikum.

Alhamdulillah setelah penat bekerja, sempat lagi baca artikel2 kat dalam internet ni. Hari ni terbaca satu kisah dimana ia telah menyentuh hati ini, tatkala mengenangkan sifatku pada waktu zaman budak2 kehingusan yang dahulunya kadang2 suka menipu. Tapi semakin hari kita semakin besar, dan semakin matang. Sudah mula mengenal erti baik dan buruk.

Sesungguhnya, jujur sangat dekat dengan iman. Rasulullah menafikan orang yang beriman daripada bersifat dusta.

“Rasulullah SAW ditanya:Adakah seorang beriman boleh jadi pengecut? Baginda menjawab: Ya. Adakah seorang yang beriman boleh jadi seorang yang bakhil? Baginda menjawab : Ya. Adakah seorang mukmin boleh jadi seorang pendusta? Baginda menjawab : Tidak.”

(Riwayat Malik)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda,

“Kamu hendaklah berlaku jujur sekalipun kamu lihat didalamnya kebinasaan. Kerana sesungguhnya terdapat di dalamnya keselamatan.”

(Riwayat Muslim)


Tapi cerita ini benar2 menyentuh hati ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada kisah di bawah ini.

Terdapat satu kisah, seorang kanak-kanak kecil yang berhajat untuk menuntut ilmu di Baghdad. Sebelum bermusafir ke sana, ibunya membekalkan wang sebanyak 40 dinar sebagai perbelanjaan, dan berpesan agar anaknya tidak berdusta dalam apa jua keadaan. Maka, anak kecil ini pun keluar bersama kafilah. Ketika di padang pasir, mereka diserang oleh sekumpulan pencuri. Salah seorang daripada pencuri tersebut bertanya kepada anak kecil ini,

“Adakah kamu mempunyai sesuatu?”

“Saya mempunyai 40dinar,” kata anak kecil itu.

Pencuri itu lantas tertawa kerana menyangka bahawa anak kecil ini bergurau. Lalu dibawanya anak kecil itu kepada ketuanya, lalu ketuanya bertanyakan soalan yang sama. Anak kecil itu menjawab jawapan yang sama sambil mengeluarkan wang 40dinarnya. Mereka bertanya,

“Apa yang mendorong kamu bersikap jujur?”

“Saya berjanji kepada ibu saya untuk jujur. Saya takut untuk mengkhianati janji.” kata anak kecil itu.

Mereka semua terkesan dengan kata anak kecil tersebut. Lanats si ketua berkata,

“Kamu mengorbankan harta agar tidak memungkiri janji dengan ibumu? Sedang aku tidak takut untuk mengkhianati janji Allah?!”

Terus si ketua mengarahkan ahli kumpulannya memulangkan semula segala harta yang dirampas. Dia berkata lagi kepada anak kecil itu,

“Saya bertaubat kepada Allah bersaksikan kamu.” Lalu pencuri yang lain berkata,

“Kamu sebelumnya pembesar kami dalam menyamun. Dan kamu pada hari ini adalah pembesar kami dalam bertaubat.”

Demikianlah keberkatannya sifat jujur.

Pengajaran

Kadangkala kita tidak perlu bersusah payah dalam memikirkan cara terbaik untuk berdakwah. Hakikatnya, dengan berpegang pada prinsip diri dan menjadi contoh terbaik dalam masayarakat juga, kita mampu untuk memberi peringatan dan membuatkan orang lain tertarik sama untuk menghayati agama ini.

Fikir-fikirkan

Namun begitu, ada juga keadaannya di mana kita dibolehkan menipu dalam Islam.

1. Ketika Perang.

Sebagai salah satu strategi peperangan, mahupun cara untuk menyelamatkan diri daripada serangan dan sebagai, dibolehkan untuk menipu semasa dalam peperangan.

2. Untuk mendamaikan 2 orang yang bergaduh

“Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damailah di antara keduanya.” (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad)

Ya, untuk mendamaikan dua orang yang bergaduh juga, kita dibenarkan untuk menipu.


Sumber : Keluasan Islam(Husam Hamidah), Akhlak Mulia(Amru Khalid)

1 comments:

earlysabol said...

Titanium's Necklace Mens - Tito
Stainless steel knurled stainless steel nano titanium plate with a handle, clasp, and head gaggia titanium - titanium price Titanium's Necklace Mens. titanium easy flux 125 This stainless steel piece features a handle, titanium athletics

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes