Saturday, September 3, 2011

Suasana Raya Tahun ni (2011)

Assalamualaikum..

Sory kepada 50 follower blog ni. Lama rasanya Syafiq menyepi tak berkongsi cerita mengenai diri ini. Baru je habis belajar. Sebab last year tahun akhir, so kena tumpu betul2. Kamu semua pun kena tumpu betul2 bila tahun akhir diUniversiti agar dapat mengekalkan kecemerlangan akademik kita.

Kali ni Syafiq nak berkongsi cerita Raya tahun ni. Alhamdulillah raya tahun ni berjalan dengan lancar. Cuma tak berapa meriah dari tahun sebelumnya. Raya kali ni family syafiq balik kampung sebelah ayah dulu dekat Perak. Dan kebiasaannya bila start jalan je orang pertama akan tido dalam kereta Syafiq la. Hehehehe......Tak jadi driver boring sangat. Dah jadi kebiasaan Syafiq dah..........Tapi tak elok kawan2 ikut tau.


Sebelum sampai rumah nenek, kitorang singgah dekat pasar ramadhan beli juadah berbuka puasa..Opsss lupa nak bagitahu. Kitorang balik kampung dua hari sebelum raya. So, last puasa dekat rumah nenek la.....

Sehari sebelum raya, macam2 persediaan yang dibuat, dan tahun ni, hanya keluarga Syafiq je yang beraya hari pertama di kampung. Suadara-mara syafiq ramai yang anak-anaknya dah kahwin, diorang beraya dekat rumah diorang dulu.... Maka, anak-anak bujang ni la yang kena potong daging, siang ikan, potong bawang dan sebagainya. Teruk jugak sebab tak ramai dan keje jadi banyak....tapi yang bestnya dapat pengalaman yang beharga....

Lepas siap je keje-keje persiapan tu semua lentok tido. Maklumla, penat sangat. Petang tu pulak kitorang saje-saje nak panggang ikan. Ibu kata buat ikan bakar best jugak


Mula-mula nak panggang guna arang, lepas tu ayah kata tak natural la guna arang. Nak jadi orang kampung kena guna sabut dan kayu kelapa la.


Fuhhhhhhhh..........penat gile........Nak hidupkan satu hal, nak maintainkan haba pun satu hal. nak maintainkan haba, api pulak menyala. Hmmmmm macam2......SUsah tau. Kalau tak percaya cubalah korang buat. Memang confirm terbakar punya Daun pisang....hehehehe.


Lepas siap semuanya. Kami pun berbuka satu keluarga bersama nenek untuk kali terakhir puasa tahun ni...Mcm2 makan, haaaah tengok nasi depan meja ni....Ni saya la punya........Terperanjatkan. Mcm tak percaya je Syafiq makan banyak ni......



ok...rasanya syafiq dah cerita hari sebelum raya......Hmmmmmm ada tertinggal lagi ke ah?????? Tu je kot. Malam tu tak buat apapon. Pergi solat mcm biasa(bukan terawikh tau) dekat masjid and then balik rumah tido.

Awal Pagi Raya
Pagi-pagi raya semuanya dah bersiap sedia dengan pakaian masing2. Masing2 pakai baju baru. Syafiq pun beli baju tahun ni. Tahun lepas tak beli baju melayu pun sebab baju lama ok lagi.


So, tahun ni beli baju melayu teluk belanga. Senang dan tak ada kolar. So, tak ada la orang nampak kotor dekat kolar sebab memang tak ada kolar...... :) 


Lama jugak survey baju melayu. Pusing2 dekat jusco dekat sejam, last2 rasa nak pilih warna coklat tahun ni. Harga pun murah. Syafiq just simple person, cari yang murah dan berkualiti dan kebetulan haritu memang murah sangat baju2 dekat situ. Maklumla, tengah sale. Ok...........Dah melalut pergi cerita pasal baju raya plk.


Raya tahun ni tak meriah sangat bagi keluarga syafiq. Nak kata sedih pun ada, sebab tak dapat beraya dengan sepupu2. Beraya dengan adik beradaik je. So, nak happy punya pasal buat la sesi ambil gambar dekat depan rumah nenek......Mcm2 ragam dan gaya........Cuba tengok gambar2 dekat bawah ni.....lucu je


Khairul tengah posing dengan DSLR Canon 7D dia


Sesmasa sesi bergambar nih...


....... Rasa mcm waktu muda2 dulu ......




... Tu dia, depa tengah setting kemera ...


Solehah dengan muka monyot dia .........Rindu dekat kucing dekat rumah la tu


Ni no komen........huhuhuhuhu




Peace! Peace ! Peace!




Anda semua mau ROCK!


Macam WWF la pulak. The Rock



Lepas bergambar tadi, kitorang pi melawat kubur Arwah Embah Sueet plk...........Terlupa bawak Yasin. So, sedekahkan Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Dekat Embah.





Haah......Ni kitorang beraya dekat rumah Embah Romah. Tapi time ni anak2 dia semua keluar beraya dekat kawasan kampung tu jugak. So, yang tinggal hanya embah Romah dan suami dia.


Eh, mcm nak promote suruh beli rumah ni plk. Tapi cantik scene waktu ni. Awannya tengah jelas dan kebiruan. So, posing sikit lah......hehehe


Ni lah embah Romah........Suka buat kelakar. Asyik bergurau je bila ckp.....hehehe




Raya Kedua

Yang atas tadi tu raya pertama. Malam raya pertama tu kitorang balik ke temerloh untuk beraya disana plk. Tapi sblm tu kami balik ke Nilai dl sebabnya kereta Perdana buat Hal. So, kena tukar kereta dulu. Smapai dekat Nilai nak dekat 2 pagi. Ayah pun kata kita tido dl, esok awal2 pagi bertolak ke temerloh.

Waktu tu dah terbayang, sempat ke jumpa Aqilah sepupu aku yang sorang tu. Mesti dia boring gila sebab tak ada geng sebaya dengan dia sekarang dekat temerloh. Banyak kali jugak message kat Syafiq..........Mulalah terbayang saat2 boring beraya ditemerloh plk...........Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh rasa nak menjerit kuat2 je sebab raya tahun ni mcm tak best sikit. Tapi kena betulkan niat semula sebab beraya untuk saling bermaafan antara saudara-mara dan mengeratkan silaturahim......Maka follow je path yang telah ditentukan.

Malam tu ibu ada call mama Aqilah, katanya diorang nak balik pagi tu. Nasib baik la sempat jugak berjumpa dengan Mak Besar(Mama Aqilah) and her family. Walaupun kejap tapi banyak benda jugak la yang sempat borak.


Haah....baby kat atas ni baby mak besar, baru je 2 bulan lebih umur dia. Comel jugak, rasa nak cubit2 je pipi dia.


Aqilah dan ayah dia tengah tengok baby diorang. Aqilah dah mula berangan la tu...... Ops lupa nak bagitahu. Aqilah ni sabaya dengan Syafiq. Dia lahir tahun yang sama tapi muda sikit dari syafiq sebab syafiq lahir lebih awal dari dia. Tapi dalam keluarga Wan dekat temerloh ni, dia la paling kamcing sekali......Panjang kisahnya.....Boleh buat sebuah buku novel kalau karang.......heehheehe....Harap2 la dia tak baca.........Tapi cantikkan orangnya?


Sekali tengok dah ada bakat dah jadi seorang ibu......Tapi lama lagi orangnya...


Mak Besar bukan main suka lagi ada baby baru........Ni dia nak balik ke johor dah. Alahai kitorang baru je sampai, tak sempat nak berbual lama.


Raya dekat pahang biasanya kitorang tak akan miss pergi rumah Wak Pie dekat Jengka 7 kalau tak silap.....Hahaha, maklumla syafiq suka tido dlm kete so tak berapa hafal tempatnya..... :)


Ramai jugak anak-anak wak pie yang ada dekat sini. Kak Ani, Abng Lan, Abang Yus, Faiz, Wan dan kebanyakan diorang semua dah kahwin kecuali Faiz dan Wan. Ramai dah cucu2 wak pie. Bila balik raya riuh sekampung.


Ni Ibu syafiq dan isteri Wak Pie (Kak Zarah). Rancak diorang berborak. Kak Zarah nampak mcam letih je.....Oh memang pun, penat memasak untuk kitorang dekat dapur tadi.

Mesyuarat kaum2 Ibu.


Raya Ketiga

Hari ketiga raya dirumah Wan menjadi sangat best.....Sebab adanya si bodak comel dan kelakar betul. Dia ni suka main bola. Kata ibu dia, boleh jadi pemain bola sepak Malaysia satu hari nanti (Harimau Malaya katakan). Nama budak yang comel ni Ammar. Gerammm betul tengok pipi dia.......Rasa nak cubit-cubit je..


Lagi satu, Ammar ni suka sangat posing bila orang ambil gambar dia. Favourite dia suka buat peace. Bila snap gambar dia je, dia mesti kata "Nak tengok! Nak tengok!". Lepas tu gelak "Hehehehehe Ammar. Ammar".



Budak kecik ni pon terror jugak sebab dah pandai main IPHONE. Habis Handphone mama dia jadi mangsa. Siap ajar lagi kakcik-kakcik dia.


Cuba tengok tu.....Cutenya dia.


Nampak sesuatu yang aneh.....Hmmmmmm. (Orang tua2 kata budak2 kecik boleh NAMPAK....)


Ops lupa. TIme ni kiorang pergi melawat Kubur Atuk(Hj Ali). Ramai jugak yang ikut waktu ni. Wan pun ikut jugak, walaupun dah tua dan tak berapa larat nak jalan. Kesian dia, lenguh badan dia bila lama sangat duduk atas simen batu. Balik tu makcik syafiq tolong papahkan.




Ayah syafiq mengetuai bacaan Yasin dan Bacaan doa tahlil.


Selepas seleasi baca yasin dan doa tahlil, kitorang semua bersihkan kubur atuk. Panjang jugak rumput2 kat kubur atuk tu, maklumla setahun sekali je lawat kuburnya.



Haahhhhh.....Kawan2 boleh baca tulisan dekat batu tu? Agak2 dia tulis apa ya.....Senang je, dia tulis SUDIRMAN HAJI ARSHAD. Inilah kubur Sudirman yang lagu dia popular sangat tu. Lagu raya dia yang biasa keluar dekat radio yang mendayu-dayu dan sedih tu. Tak sangka kitorang sebab kubur dia dekat kawasan ni. "Sebenarnya dah lama daha tahu". huhuhuhuhu




0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes