Sunday, October 2, 2011

Konvokesyen Sepupu Syafiq - UKM

Askm. Apa khabar kawan2 semua. Syafiq sihat2 je selalu.
ALhamdulillah Allah sentiasa memerlihara kesihatan SYafiq.
Syafiq harap kawan2 pun sihat2 selalu.

Baru-baru ni syafiq ambil gambar. Nak tahu gambar siapa??? Gambar sepupu Syafiq yang sebaya dengan syafiq si Aqila.......First time ambil gambar KONVOKESYEN. Biasanya ambil gambar wedding je. Hmmmm........Banyak jugak pengalaman yang syafiq dapat sepanjang tolong ambil gambar konvo dia. Bukan sekadar skill ambil gambar sahaja diupdate, malah bila melihat buku konvokesyen yang dibuat oleh student UKM, mcm2 idea timbul.........

Pagi sebelum pergi UKM tu syafiq terkurung dalam rumah........Rasa mcm nak pecahkan je pintu rumah tu. Hahahahaha........Salah syafiq jugak sebab tak ada kunci spair. Maklumlah, bukan selalu balik rumah, asyik duduk dekat melaka je. Nasib baik lah dapat kawal perasaan marah ni. So, selamatlah PINTU rumah dari mangsa kekejaman SYAFIQ AS-SAKINNAH.....huhuhuhu

TIba2 ada orang call.....Hello.....Syafiq!!! Ko kat mana? Hahhaaha......seperti biasa suara garang dari seorang yang bergelar sepupu........."Aku sangkut dalam rumah ni......Mak UDA bawak kunci". Mak Uda tu ibu syafiq.....Biasanya gelaran tu diguna waktu balik kampung rumah atuk sebelah ibu syafiq. Hahhaah.....But, my cousin tak marah pun...Dia cuma bagi WARNING. "Hang kena mai sblm pkl 10 pagi. Kalau hang tak mai, siap lah hang next raya".....Takutnyaa........(Itu bukan ayat dia sebenarnya. Saje je tambah....Bila dia baca dia gelak sorang2).....Lepas dapat kunci, syafiq pon start enjin dan bawak mcm michael schumacher ......Yang pelumba F1 tu.....Tapi still below 110 Km/ hour.....Huhuhu

Sampai2 je, lepak kat luar. Sesi penyampaian ijazah tak habis lagi...Mulala kaki ni nak berjalan je. Tangan plk ready nak snap gambar. Nak pi tempat lain, takut si Qila keluar plk. Lepas tu, planning mcm mana nak masuk dewan tanpa tiket(pas masuk).....Mulalah berlakon jadi anak Dato'. Waktu tu ada seorang Dato' dan Datin yang mai lambat. So, dapat idea. Follow je belakang diorang.....Huhuhu....Dengan perasaan takut den teruih je buat muka orang tak bersalah....Alhamdulillah lepas.....Waktu tu rasa mcm nak sujud syukur je.......(Tapi wat benda yang illegal).....Huhuhu jahat betul la Syafiq ni kan.

Masuk2 je terjengket2 mana lah nak duduk. Last sekali duduk dekat tempat yang paling tinggi. Lepas tu sepupu message....."Ko nampak aku tak". Eh eh sepupu aku sorang ni. "Eakau ingat den nampak ke eakau dalam graduan yang ramai2 tu. Eakau ingat mato den ni CITY SCAN ke apa" Monolog dalam hati....Nasib baik la dia duduk betul2 baris tepi sekali berdekatan dengan pintu masuk yang syafiq datang tadi. Haah....Mulalah tersenyum2 kat den. Siap buat PEACE....



Tapi memang muka dia seiras dengan ibu dia. Mula2 takut2 jugak nak bawak keluar kamera. Tapi wat tak tahu je. Lagipun ramai jugak family bawak kamera masuk dalam dewan. Cahaya speed light tak berhenti2 berkelip dikawasan dalam dewan tu.



Apalagi, syafiq pun snap lah beberapa gambar didalam dewan ni. Wah, cantik jugak ambil gambar dari atas. Boleh nampak ramainya ibu bapa yang hadir termasuk pelajar2 yang dah grade ni. Kalaulah jadi fotografer rasmi ambil gambar waktu diorang dapat scroll ni boleh untuk berpuluh-puluh ribu. Tapi PERCENT nak dapat tender mcm ni 0.000001%. Mungkin kawan2 pun tahu apa sebabnya. Biasa la, orang kalau dah nampak duit, agama pun diketepikan.


Ni lah fotografer rasmi. Tapi diorang ni mesti orang baik2. Rasanya macm fotografer universiti sendiri. Pakaian diorang tu smart je siap pakai kot tu. Kalau den la, tak tahan nak pakai kot lama2. Boleh, kumpul air peluh sebotol. Bukan 500ml, tapi 1500ml. Hahahahha....banyak tu. Lepas selesai, kitorang pun bergambar diluar bersama kawan2 Qila. Masing2 sibuk call family masing..


After they all berpecah, syafiq dan qila pun pergi cari family qila. Lama jugak cari, sebab ramai sangat family waktu tu. Masing2 sibuk bergambar bersama anak2 mereka. Nak dekat setengah jam baru jumpa. Lepas seleasi bergambar pagi tu, kitorang pi makan dekat nasi ulam. AYah qila belanja. First time makan kat kedai tu. Maklumla, bukan rajin sangat merayap. Petang tu qila dah plan dengan member2 dia nak bergambar sekitar PUTRAJAYA. Cantik jugak kawasan2 kat situ. Siap terjumpa CANSELOR dari INDIA. Tapi tak tahu betul ke tak. Siap nak bergambar dengan budak2 UKM ni. Mesti masuk majalah diorang INDIA Daily....huhuhu. Jadi pelajar contoh la diorang nanti. Mesti popular .....hehehehe.



Kelakar betul budak2 ni. Macam ragam diorang ni bila ambil gambar. Biasala, nak berpisah katakan. Tapi bagus jugak jadi jurugambar ni. Kita boleh kenal ramai orang dan ragam2 yang berlainan.







Kalau tengok gambar dekat atas ni, rapat betul diorang semua ni. Dah mcm adik beradik. Syafiq doakan ukhwah korang berkekalan sehingga akhirat. Rasanya setakat ini je, yang syafiq nak cerita. Inilah kisah sepupu syafiq waktu konvo. Semoga cerita ni jadi kenangan buat diorang.

Bawah ni gambar yang paling syafiq suka. (Walaupun kita akan berpisah, ukhwah kita akan kekal selamanya.). Assalamualaikum









1 comments:

nadeafu chan said...

eh, saya nampak diri saya la dalam dewan tu. pakai jubah kaler ungu. haha

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes