Tuesday, February 16, 2010

Dimana Kita? Puak Kanan Atau Kiri?

Assalamualikum.
Agak lama jugak tak update blog ni. Ok lah hari ni nak kongsi sedikit tentang satu sifat buruk yang pada diri manusia zaman sekarang ni. Kebanyakan sifat2 ini boleh dilihat didalam diri masyarakat2 pada zaman sekarang. Iaitu sifat marah.

Kalau hidup kat KL lagi la, Traffic Jam je macam2 bunyi keluar. Satu hal bunyi hon, satu lagi bunyi2 sumbang dari para pemandu yang tidak sabar. Sedangkan perkara2 seperti itu memang tak boleh nak dielakkan. Biasala hidup kat bandar. Tetapi persoalannya mengapa adanya sifat buruk itu pada diri kita. Sedangkan kita mengetahui sifat itu buruk dan tidak sepatutnya kita ikut. Disinilah terbuktinya adakah kita itu seorang penyabar atau tidak. Kalau seorang yang sabar pasti dia senyap atau melakukan perkara2 yang berfaedah dan tidak mencaci pemandu lain.

Ni baru sekecil-kecil perkara. Kalau dalam mahasiswa pula, kadang2 sahabat kita suka mengejek kita atau mengata kita. Teringatlah satu kisah waktu pertama kali sampai kat KUIS. Waktu tu tengah makan dengan seorang sahabat yang baru je kenal. Waktu tu ada dua puak. Satu puak yang "Lembut" satu lagi puak dari "Sabah&Sarawak". Yang si lembut ini waktu tu tengah berbual la sambil gelak getawa yang agak "menggelikan bagi seorang bergelar lelaki bila mendengarnya". Maka satu lagi puak ni mulalah mengejek puak lembut ni. Maka terjadilah perbalahan mulut. Yang sana mengumpat sini dan yang sini mengumpat sana. Apa yang mereka dapat? Hanya dosa semata-mata.

Maka disini siapakah yang bersalah? adakah
a-Puak si Lembut
b-Puak Lelaki sejati tu

Pada pandangan saya, kedua-duanya bersalah. Jika seseorang yang benar memahami islam dan mengamalkan islam dalam hidupnya pasti tak akan berlaku perkara seperti ini.

First sekali kita pergi kepada puak Lembut ni.
Mengapa mereka begitu? Tak boleh ubah ke? Kadang2 persoalan itu muncul difikiran kita. Sesungguhnya terdapat sebilangan kecil golongan lelaki yang bersifat seperti begini. Tetapi persoalannya, adakah tugas kita menghukum mereka? Adakah mereka ini tidak berguna/ tidak diperlukan oleh masyarakat? Sedangkan Allah pencipta kita maha Mengampuni umat-umatnya apatah lagi kita suka menghukum manusia.

Kita selalu sahaja kata kepada sahabat2 bahawa tugas diatas muka bumi ini adalah untuk berdakwah kepada manusia. Tetapi bilamana datang puak2 seperti ini, kita asingkan diri kita daripada mereka. Kita merasa mereka ini jijik dan sangat memalukan. Kita takut orang akan mengata kita ini "Lelaki Lembut" juga. Jika semua orang seperti kita, maka siapa nak berdakwah kepada mereka. Sedangkan kita mengetahui sifat mereka itu salah dan bertentangan dengan islam, tetapi demi menjaga nama baik kita, kita biarkan mereka. "Kita takut diri ini dibeci oleh orang lain, tetapi tak takut dibenci Allah taala".

Maka disini kita harus muhasabahlah diri kita balik. Adakah selama ini betul perbuatan kita membiarkan mereka. Sedangkan mereka memerlukan teman untuk menasihati mereka. Kalau mereka tidak memerlukanpun sudah memang tanggungjawab kita menasihati antara satu sama lain. Adakah kita merasakan diri kita ini yang memberi hidayah? Adakah kita yang berhak menghukum? Apakah kita merasakan diri kita ini lebih mulia daripada mereka?

Ingatlah!!! Dimana kita saat orang2 seperti ini memerlukan pertolongan dan nasihat daripada kita. Dalam hal ini hendaklah kita mendekati mereka. Adakah hina sangat mereka ini pada pandangan kita? Sehingga kita sanggup kita menjauhkan diri kerana jijik untuk berkawan dengan mereka dan tak mahu dikata oleh orang ramai. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh teladan yang terbaik dalam sirah kehidupan baginda.

Kisah Rasulullah dan Si Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Ke esokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Maka bolehlah kita melihat disini betapa hebatnya tahap kesabaran Nabi walaupun dikata oleh sipengemis buta itu setiap hari. Malah sanggup melembutkan makanan dengan mulutnya terlebih dahulu demi untuk memudahkan si buta itu makan. "Ya Rasulullah betapa sabarnya dirimu, walaupun dikata dan dicaci setiap hari, Malah membantu orang yan mencaci itu. Betapa indahnya Akhlakmu. Engkaulah sebaik2 manusia dan Benarlah engkau memang patut digelar seorang kekasih Allah".

Lihatlah betapa mulianya nabi kita. Bukan dicaci oleh orang lain. Tetapi orang beliau tolong itu sendiri. Memanglah jika nak dikaitkan dengan keadaan yang diawal tadi memang tidak sama keadaanya. Iaitu dakwah dengan si "Lembut" dan dakwah dengan si "Buta". Tetapi apa yang ingin disampaikan disini adalah betapa mulianya sifat sabar Nabi. Dengan sifat sabarnya sahaja dapat merubah orang2 yang membencinya memeluk islam. Sifat seperti inilah yang sepatutnya ada pada seorang pendakwah. Bukannya mementingkan diri lebih daripada orang lain.

Dan kepada puak2 Lelaki pula, janganlah mengumpat orang kalau tk mahu berdakwah apatah lagi menasihati orang2 yang buat kesalahan. Dah tahu orang salah bukannya kita mengumpat, tetapi sepatutnya kita menegur. Sesungguhnya, dosa mereka adalah dosa antara mereka dengan Allah. Tetapi dosa2 mengumpat adalah antara mereka dengan orang yang diumpat itu. So, lagilah malu antara kita minta maaf dengan Allah "tersembunyi" iaitu dengan berdoa, dengan kita minta maaf daripada lelaki lembut tadi.

Kemudian datanglah Ego""bisikan syaitan kata ko ni takkan nak minta maaf dengan lelaki-lelaki lembut tu. Jatuhlah standard/ saham". So. apabila tak minta maaf dosa tu takkan terhapus sehingga akhirat. SEbab dosa manusia antara manusia tidak akan terhapus dengan doa. Mereka harus meminta maaf sesama manusia yang mereka aniayai.

So, fikir-fikir kanlah. Samada kita ini dah sudah matang ke belum. Kalo, dah matang pasti tak akan ikut kedua2 puak ini. Satu lagi, kalo nak dakwah kat lelaki lembut tu pun mesti ada strategi. Silap haribulan kita pulak yang didakwah oleh mereka agar menjadi seperi mereka. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran". Kena ke peribahasa aku ni haaaaah. Hentam sajalah. Apa-apapun semoga anda semua mendapat sedikit input dari cerita ini.

Contohilah Akhlak Rasulullah SAW. Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu penuh dengan akhlak terpuji.

Sayonara- Assalamualikum.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes