Thursday, February 18, 2010

Manakah yang lebih baik? Senang atau Susah?

Assalamualaikum...

Wahhhh bosannya Latihan Industri...."Itulah keluhan ku setiap hari, bila tiada kerja atau tugas yang di beri". Kini hati ni telah mula mersakan memang tiada life kerja kat kilang. Setiap hari kita akan menghadap benda yang sama. If jadi operator lagi la, duduk buat benda tu 24 jam. Kalau technician pulak, asyik kena repair machine, buat setup, and maintenance.

Semakin hari aku berada disini semakin rasa jemu untuk bekerja pekerjaan seperti ini. Walaupun gaji lumayan. Kalau kerja office hour 8.00 pagi - 5.15 ptng. Tapi kalau kerja tak siap melarat lah sampai 6.30 ptng. Tapi head of department ana ni lagi dahsyat lepas maghrib. Cayalah Dr.K. Itulah gelarannya. Tetapi aku masih belajar daripada pengalaman. Sesungguhnya pengalamanlah akan mengajar kita erti kehidupan. Mungkin ada hikmah disebaliknya yang Tuhan ingin tunjukkan. Dan aku berpegang dengan kata2 bahawa "sesungguhnya Perangcangan Tuhan itu lebih baik daripada perancangan manusia".

Tak kisahlah boring pon boring la. Pada kali ini ana nak kongsi sikit la pengalaman kerje kat sini. Begitu hebat jugak cabarannya ditempatkan dalam Safety, health and Environment Department. Banyak juagak di caci dan dikutuk oleh pekerja2 lain kata tak buat keje la, tak ambil berat masalah perkerja, dll. Kadang2 orang tak berada kat tempat kita tidak akan tahu sebenarnya kita buat keje atau tidak.

Banyak jugak perkara2 baru yang ana lihat ianya terbukti pada hari ini bahawa bilamana seseorang itu berjawatan tinggin mereka sombong, jalan tak mahu tegur orang, muka tak boleh nak senyum sikit kat orang lain(Tak semua tapi segelintir). Ana rasa begitu hairan mengapa mereka begini sedangkan sepatutnya jikalau seseorang itu lebih tinggi pankatnya, sepatutnya mereka ini lebih merendah diri. Tetapi kali ini lain pula yang ana lihat. Mungkin inilah yang dikatakan realiti hidup pada masa kini. Yang rendah harus tunduk dan hormat yang tinggi, manakala yang tinggi sentiasa ingin diri mreka dipuji dan dihormati. Bangga dengan pujian orang2 bawahannya apatah lagi jika orang atasannya memujinya.

Inilah satu sifat yang ana lihat tidak baik. Kdang2 pekerja benci melihat pemimpin2 begini. Yang teramat sombong dan bangga dengan diri mereka sehingga tak sanggup nak tegur apatah lagi senyum kepada orang yang lebih darjat daripada mereka. Sedangkan Rasulullah SAW sentiasa senyum dan memberi salam tatkala berjumpa dengan sahabat2/ rakyatnya.
Sesungguhnya pada diri rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik buata umat-umatnnya. Sesungguhnya jika kita menghayati sirah Rasulullah SAW, digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. “Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati.”

Lihatlah betapa mulianya Nabi kita. Sanggup turun susah dan senang bersama-sama rakyatnya. Iniliah contoh teladan yang terbaik yang sepatutnya umat sepanjang zaman ikuti, bukan semakin tinggi kita semakin sombong sesama manusia. Sesungguhnya kesenangan itu adalah ujian daripada Allah dan kesusahan itu juga adalah ujian Allah SWt. Bilamana seesorang itu dikatakan beriman maka mereka akan diuji samaada susah ataupn senang. So, bila senang mereka lagi merendah diri dan sentiasa bersyukur kepada Allah(tidak lupa Allah). Manakala apabila mereka susah mereka sabar dengan tabah dan sentiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah SWT.

Semoga kita digolongkan dikalngan orang2 yang beriman agar sentiasa ingat Allah tatkala susah mahupn senang. Semoga perkongsian ini berguna buat sahbat2 semua.

- hamba yang lemah -

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes