Sunday, February 28, 2010

Radix Fried Chicken. Boikotkah?



Assalamualaikum.

Alhamdulillah ada jugak masa untuk update blog ni. Ni pon dah tak ada idea nak letak apa. Mungkin sedikit perkongsian bagi mereka2 diluar sana. Baru2 ni sempat singgah di Radix Fried Chicken Melaka kat Mydin. Ermmmmm Sedapppppppnya Ayam dia. Lebih sedap daripada KFC israel.

Ana sungguh terharu dengan usaha yang dijalankan oelh HPA yang bertungkus-lumus dalam usaha membuka RFC dekat melaka ni. Bukan senang tau. Tambahan lagi under pemerintahan kerajaan yang sekarang ni. Masyarakat sekarang ini sudah ada pilihan untuk mereka tidak makan makanan yang tak halal atau yang perlu diboikot.

Dulu mereka kata tiada franchise islamic so diorang makanlah kat francise Mat Salleh seperti KFC, McDonald dll. Secara tidak langsung franchise2 barat ini sebenarnya menyumbang kepada Israel sebenarnya. So, sekarang dah ada RFC ini masyarakat islam melaka seharusnya memilih dan membangunkan lagi perniagaan umat islam.

Sesungguhnya pernah terjadi perdebatan antara ana dan seorang hamba Allah. Ana kata kita kena boikot sebab syarikat ni menyumbang kepada israel. Tetapi si hamba Allah ni kata kita boikot pun tak ada kesan banyak lagi barang2 dia kita pakai. So, sia-sia je tak ada impact. Ana pada waktu itu berada dalam perasaan marah juga tetapi ana tidak menzahirkannya. Kerana sesungguhnya ana tahu orang yang berkata sebegini benar2 tidak memahami dan menghayati penderitaan suadara mereka.

Jika dia benar2 seorang yang benar2 menyayangi saudaranya dia tak akan pergi makan dekat franchise2 yang menyubang kepada israel ini. Kadang kala manusia bercakap mengikut nafsu mereka. Mereka sudah terbiasa dengan kemewahan dan kelazatan dunia sehingga sanggup menyalurkan wang kepada Israel laknatullah yg menggnkan duit itu untuk membunuh dan memusnahkan saudara2 kita di palestin.

Sesungguhnya jika kita inin benar2 seorang yang menyayangi saudara2 seislam dengan kita sebagaimana sayangnya rasulullah saw terhadap sahabat2 baginda sudah pasti kita tak akan sanggup makan patah lagi memakai produk2 buatan israel dan sekutu-sekutunya. Dalam hal ini jika kita perhatikan hamba allah tadi membangkitkan isu bahawa telah banyak produk2 israel ini yang kita gunakan dalam kehiduoan seharian kita sedar atau tidak. Ya, jika benar apakah usaha dia? Apakah dia lakukan untuk membantu saudara2nya di palestin sana.

Sekadar hulurkan sumbangan? Adakah tolong hanya semata2 sumbangan. Bila mana orang meminta tolong je kita tahu menghulurkan wang sahaja. Jika begitu pemikirannya, ini adalah satu pemikiran yang jumud. Yang terlalu sempit. Tolong hanya pada sudut sumbang wang sahaja. Sesungguhnya islam itu syumul. Ia tidak menyempitkan sesusatu perkara. Malah ia memperbanyakkan methode dalam isu tolong-menolong.

Adakah dia sanggup pergi berperang dengan tentera israel seperti rakyat palestin yang hanya menggunakan batu? Adakah dia sanggup menggadaikan barang-barang kemas isteri2 mereka untuk membeli senjata untuk pejuang2 islam disana? Adakah dia sanggup membenarkan anak dia pergi bomkan diri seperti apa yang dilakukan oelh seorang Ibu di palestin yang tidak redha jika anak dia pulang kerumah tidak mati dimedan jihad? Adakah dia sanggup melakukan itu semua?

So, kalau tak sanggup apa yang dia boleh lakukan? SumbanganWang! Sumbangan Wang! Sumbangan Wang!. Bila israel akan mundur selagi mana kita sumbang tetapi kita tetap beli barang2 israel malah bertambah2 dari semasa kesemasa. Ya memang kalo nak dibandingkan kualiti barang islam yang ada waktu sekarang ini berbanding barat. Mereka mendahului kita dari segi teknologi, kajian, pengurusan dll.

Manalah sama jika kita nak bandingkan " Orang yang first time masak nasi pataya dengan orang yang dah ada title sebagai Ketua Chef yang dah banyak kali masak nasi pataya". Pasti rasa nasi pataya orang yang first time buat kurang sedap berbanding ketua chef tadi. Begitu juga dengan produk2 islamic di negara ini. Tapi mereka ada usaha untuk membangunkan ekonomi islam. Tapi kita dari sudut pandangn lain memandang kelazatan semata2 bukan apa yang Allah kehendaki.

Sesungguhnya ingatlah bahawa dunia ini hanyalah suatu tempat persinggahan dimana kita perlu mencari bekalan untuk dibawa suatu destinasi yang kekal abadi. Tetapi jika dosa bekalan kita pasti kita tidak akan sampai ketempat itu malah akan terjunam dalam satu lembah yang amat dalam dan penuh dengan keperitan. Tetapi jika iman dan amal yang kita bawa, pasti kita akan sampai ditempat berkenaan. Malah tempat itu penuh dengan nikmat 2 yang tidak dapat dibayangkan kelazatannya.

Ingatlah ketika engkau sakit Allah menolongmu, Ketika engkau susah Allah juga menolong mu. Tetapi kini bilamana umat nabi muhammad(masyarakat palestin) dalam keadaan susah ditindas, dibunuh, diperkosa dan dilakukan seperti binatang, engkau bersuka ria. Sesungguhnya mereka ini umat nabi muhammad dan engkau juga begitu. Dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah kekasih Allah. Dan pasti bilamana Allah menyayangi kekasihny Dia pasti menyayangi umat2 kekasihNya juga. So, bilamana kita biarkan mereka begitu, ingatlah Allah pasti tanya kepada di akhirat kelak.

Semoga perkongsian ini dapat membuka minda kita semua dalam meniti perjalanan hidup kita didunia ini.

Assalamualikum.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes